BIO -AURA WATER TREATMENT


Teknologi NANO dalam Sistem Penapisan Air


Selaras dengan kemajuan Nano, Bio Aura Hi-Tech Water System turut menggabungkan inovasi saintifik dalamnya. Dengan Nano, ia dapat mencapai fungsi membersih, mengalkali dan memberi tenaga kepada air yang diminum secara optimum.
<><><><>
Perbezaaan Filter 1 bagi kedua-dua gambar diatas, Selepas penggunaan Bio-Aura dalam masa hanya 1 minggu.

Anda lihat sendiri dua gambar diatas yang saya ambil ketika mula menggunakan Bio-Aura dan selepas seminggu pemasangannya. Jika anda perhatikan penapis 'A' di gambar kedua (klik gambar untuk besarkan), kotoran itulah yang kita dan mereka yang kita sayang minum selama ini.

Bayangkan, botol susu anak kecil yang dibasuh dengan air paip yang kita sangka cukup bersih. Klorin dan kesan karat yang tak nampak dalam air akan tertinggal pada botol tersebut. Tanpa sedar, kitalah sebenarnya yang mendedahkan mereka pada bahaya bahan kimia dan kesan karat yang memudaratkan ini sejak dari kecil. Bukan itu saja, buah2an, sayuran, ikan, ayam dan bahan masakan lain turut mengalami kesan yang sama sekiranya dibasuh dengan air yang tidak dirawat dengan sempurna.

Air yang disalurkan ke rumah mengandungi bahan2 memudaratkan seperti;
  • kuman,
  • bakteria,
  • kesan logam dari karat paip air bawah tanah,
  • klorin.
Klorin dan tawas dicampur ke dalam air bagi membunuh kuman dan mikroorganisma selain menghilangkan bau busuk. Bahan2 kimia ini memudaratkan kesihatan sekiranya diserap ke dalam tubuh secara berterusan.


Pengambilan air yang tercemar secara berterusan akan melemahkan metabolisma badan sekaligus memudahkan serangan pelbagai jenis penyakit. Kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendapati lebih 1 billion manusia di seluruh dunia sedang minum air tercemar. Dan 2 juta manusia mati akibat cirit birit setiap tahun.

Manusia sangat2 bergantung kepada air (tidak kira air bersih atau tercemar). Air bersih menjamin kesihatan manakala air tercemar mengancam nyawa hingga boleh membawa maut. 72% (lebih dari separuh) dari kandungan badan kita adalah air. Kekurangan 5% dari kandungan air dalam badan sudah cukup untuk menjejaskan prestasi kita sebanyak 30%.

Tidak hairan kenapa kita begitu terdedah kepada ancaman pelbagai penyakit hanya kerana minum air kerana air yang kita minum setiap hari sememangnya mengandungi KLORIN dan KESAN KARAT yang dapat melemahkan daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit.

Namun, pengambilan air yang bersih (ditapis) BUKAN SAHAJA memberi tenaga dan membolehkan badan berfungsi dengan baik malah air yang benar2 bersih dapat meningkatkan kadar metabolisma badan dan daya tahan tubuh melawan penyakit.


SIJIL HALAL BIO AURA